Sabtu, 30 Julai 2011

10 minit di udara - Tema Perkataan Berganda

Tema 10 minit di udara pada minggu terakhir Bulan Membaca adalah Perkataan Berganda. Cikgu Roziyati bersama Pengawas Pusat Sumber An-Nur iaitu adik Siti Hanisah binti Imam Kadir telah  mengudarakan slot '10 Minit di Udara' ini pada pagi hari Selasa, 28hb Julai 2011 yang lalu.











Selasa, 26 Julai 2011

Selamat Datang ke Perpustakaan An-Nur

Selamat datang diucapkan kepada juruaudit Pn. Zaitun ke Perpustakaan An-Nur. Warga kerja perpustakaan An-Nur sangat berbesar hati menerima kunjungan Pn.Zaitun ke perpustakaan dan menyiapkan tugasan beliau selama tiga hari di sini. Diharapkan keceriaan perpustakaan An-Nur dapat melapangkan fikiran beliau sepanjang beliau membuat tugasan audit di sekolah ini.

Guru Besar SKSE, Pn Hjh Zulekha binti A. Rahman bersama Pembantu Tadbir Sekolah,  En. Sudin bin Aya bergambar bersama Pn. Zaitun

Isnin, 25 Julai 2011

Minggu Akhir Bulan Membaca

Terima kasih kepada semua guru dan murid yang menjayakan Bulan Bahasa Melayu dan Bulan Membaca. Banyak aktiviti dan program yang telah dijalankan sempena bulan tersebut. Moga semua murid beroleh manfaat dan usaha guru-guru mendapat berkat. 

Sabtu, 23 Julai 2011

Laluan Ilmu Memartabatkan Bahasa Malaysia di SKSE

                  Ikat jerami muat ke kandar,
Selepas makan mandi di telaga,
Ucap difahami wasangka terhindar,
Bahasa kebangsaan penyatu warga.

Batang halban dibawa ke huma,
Hendak dirikan sebuah taman;
Bahasa kebangsaan milik bersama,
Kita ungkapkan sepanjang zaman.













Terbang tempua ke semak berduri,
Singgah sekali di pohon rumbia;
Bahasa kita lambang jati diri,
Tidak rugi berbahasa Malaysia.

Berbanjar cemara di tanah rata,
Tempat teduhan sekumpulan murai;
Segar dan mesra bahasa kita,
Anugerah warisan usah terburai.


SUDUT BAHASA MALAYSIA DALAM BILIK DARJAH
 (Kelas 1 Ikhlas)




PAPAN INFO BAHASA MALAYSIA
LALUAN KERJAYA



PONDOK MENUNGGU IBU BAPA



 MURAL BAHASA MALAYSIA







Jumaat, 22 Julai 2011

Lawatan Pengetua,Guru Besar, GPK 1dan GPM ke PSS Cemerlang Kebangsaan Negeri Johor 2011

Tarikh: 21hb Julai 2011
Hari: Khamis
Guru terlibat: 
Guru Besar SKSE; Pn Hjh Zulekha A.Rahman
GPK 1: Pn. Hjh Napisah bt Ahmad
GPM: Pn.Roziyati bt Asmari
Sekolah yang dilawati:
10:00 pagi - Maktab Sultan Abu Bakar
12:00 tgh - SMK Sultanah Engku Tun Aminah
2:00 ptg - SK Bandar Baru Uda 2











Gambar - gambar yang diambil oleh Guru Besar; Pn Hjh Zulekha bt A. Rahman semasa lawatan ke sekolah-sekolah tersebut boleh ditonton dalam video ini.


 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | Best Buy Printable Coupons
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...