Ahad, 10 Julai 2011

Tokoh-Tokoh Islam


Biodata
Nama: Abdullah bin Abi Quhafah
Tarikh lahir: 572m, 2 tahun selepas kelahiran nabi
Tempat lahir: Mekah
Keturunan: Bangsawan Quraisy
Jawatan; Khalifah pertama daripada Khulafa’ Arrasyidin
Tarikh menjadi khalifah: 632m/11h
Tempoh memerintah: 2 tahun 3 bulan
Tarikh wafat: 23 Jamadil Akhir tahun 13H
Tempat dimakamkan: berhampiran makam Rasulullah S.A.W
Gelaran: Assidiq (kerana mengakui kebenaran Rasulullah S.A.W dalam peristiwa Isra’ Mikraj)
Hubungan dengan Rasulullah: sahabat karib dan bapa mertua Rasulullah

Sifat Peribadi:
*       Bersopan santun
*       Pengasih dan penyayang
*       Berlemah lembut
*       Ikhlas dalam perjuangan
*       Bercakap benar
*       Tabah menghadapi dugaan
*       Setiakawan
*       Pembela kebenran
*       Benci kepada kejahatan
*       Jujur

Sumbangan Saidina Abu Bakar As-Siddiq sebelum menjadi Khalifah:

*       Membebaskan penganut Islam yang diseksa dengan cara membayar tebusan
*       Menemani rasulullah S.A.W berhijrah
*       Sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan nyawa Rasulullah S.A.W
*       Sentiasa bersama Rasulullah S.A.W dalam semua peperangan
*       Mendermakan seluruh harta untuk membiayai Perang Tabuk
Jasa semasa menjadi Khalifah:
*       Menghapuskan golongan murtad
*       Menghapuskan golongan Nabi palsu
*       Menghapuskan golongan yang enggan membayar zakat
*       Membebaskan negeri yang berada di bawah cengkaman Rom dan Parsi
*       Mengumpulkan tulisan Al-Quran

Iktibar
*       Menjalinkan hubungan silaturrahim berdasarkan iman dan takwa
*       Membantu saudara muslim yang kesusahan tanpa mengira bangsa
*       Berjihad pada jalan Allah S.W.T dengan jiwa dan harta
*       Bertanggungjawab dalam memilih pemimpin.

Biodata
Nama: Khadijah binti Khuwailid
Keturunan: Keluarga mulia dan berharta
Kerjaya: Ahli perniagaan yang berjaya
Perkahwinan: Isteri pertama Rasulullah. Usia 40 tahun ketika berkahwin dengan baginda
Tempoh memerintah: 2 tahun 3 bulan
Tarikh wafat: 620m, 3 tahun sebelum hijrah,dikurnia 6 orang anak
Wanita pertama memeluk Islam.

Sifat Peribadi:
*       Berakhlak mulia
*       Dermawan
*       Sabar
*       Penyayang
*       Berwawasan
*       Berfikiran kreatif

Sumbangan Saidatina Khadijah dalam perkembangan Islam
*       Isteri yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan terhadap perjuangan Rasulullah S.A.W
*       Isteri solehah yang setia dan jujur
*       Banyak memberi sumbangan,buah fikiran dan harta untuk perjuangan Rasulullah S.A.W
*       Memahami tanggungjawab Rasulullah S.A.W dan yakin kebenaran baginda

Tindakan Saidatina Khadijah r.a untuk mententeramkan Rasulullah S.A.W selepas menerima wahyu pertama

*       Menyelimutkan baginda
*       Memujuk supaya bertenang
*       Membawa Rasulullah S.A.W berjumpa sepupunya Warakah bin Naufal
*       Terus beriman kepada Rasulullah S.A.W
Iktibar
*       Berjihad menegakkan agama
*       Berusaha menjadi Isteri Solehah
*       Penyayang dan sanggup bersusah payah demi kebahagiaan dan keluarga
*       Mendidik anak dengan penuh kasih sayang
Biodata
*       Nama penuh Sumayyah binti Khabbat
*       Hamba kepada Abu Huzaifah al-Mughirah
*       Isteri kepada Yasir bin Amir
*       Anaknya Ammar bin Yasir
*       Memeluk Islam secara rahsia
*       Ditikam dengan lembing hingga mati oleh Abu Jhal
*       Wanita pertama mati syahid

Penyeksaan yang diterima dalam mempertahankan akidah
*       Dipakaikan baju rantai daripada besi dan dijemur ditangah panas
*       Ditikam dengan lembing oleh Abu Jahal

Sumbangan dan pengorbanan
*       Berani menyatakan yang hak
*       Sanggup mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan kesucian akidah
*       Memberi teladan kepada umat Islam dalam mempertahankan agama
*       Memperteguh keyakinan dan keazaman penganut Islam yang lain untuk meneruskan  perjuangan.

Iktibar
*       Wajib mempertahankan kesucian akidah
*       Tabah menghadapi ujian hidup
*       Pengorbanan yang ikhlas akan diberi ganjaran syurga
*       Usaha menegakkan Islam perlu pengorbanan yang tinggi

Biodata
*       Nama: Bilal bin Rabah
*       Tarikh lahir: 43 tahun sebelum Hijrah
*       Hamba kepada Umayyah bin Khalaf
*       Orang pertama menganut Islam di kalangan hamba
*       Memeluk Islam secara rahsia
*       Disiksa dengan teruk oleh tuannyaapabila diketahui bahawa beliau memeluk Islam
*       Telah dimerdekan oleh Saidina Abu Bakar
*       Salah seorang daripada 3 orang muazzin Rasulullah
*       Meninggal dunia tahun 2oh, berusia 63 tahun


Penyeksaan yang diterima dan ketabahan Bilal
*       Disiksa di padang pasir yang panas terik
*       Kedua belah kaki dan tangan diikat
*       Diletakkan batu besar diatas perutnya
*       Penyiksaan yang diterima tidak menggugatkan keimanan beliau
*       Mulutnya sentiasa menyebu ‘ahad,ahad” tanda mentauhidkan Allha S.W.T
Sumbangan dan pengorbanan Bilal
*       Muazzin yang pertama pada zaman Rasulullah S.A.W
*       Contoh teladan yang terunggul dalam mempertahankan kesucian akidah
*       Membantu Rasulullah mengembangkan dakwah di kalangan hamba

Iktibar
*       Menggunakan kebolehan untuk perkara yang baik
*       Melaksanakna tugas yang dipertanggungjawabkan dengan ikhlas
*       Mempertahankan kesucian akidah Islam
3 orang muazzin Rasulullah S.A.W
*       Bilal bin Rabah
*       Abu Mahzurah
*       Abdullah Umar bin Ummi Maktum

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | Best Buy Printable Coupons
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...