Isnin, 4 Julai 2011

Profil PSS An-Nur

LATARBELAKANG PUSAT SUMBER AN-NUR 

      Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Simpang Empat ditubuhkan pada tahun 1971 bertujuan membantu guru-guru dan pelajar-pelajar mendapat kemudahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi untuk mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar-pelajar. Ia terdiri daripada unit perkhidmatan perpustakaan, bilik tayang, bilik bahan bantu mengajar, bilik komputer, pondok dan laluan ilmu. Walaupun tidak berpusat namun lokasi bilik-bilik tersebut strategik dan mudah dikunjungi.
       Pusat Sumber Sekolah merupakan gedung di mana terdapat berbagai ilmu pengetahuan. Ilmu ibarat cahaya yang menerangi hidup manusia. Lantaran itu maka PSS SK Simpang Empat diberi nama Pusat Sumber An- Nur.
     Perpustakaan An-Nur terletak di tingkat satu Blok Tun Sri Lanang merupakan sebuah bilik yang agak besar seluas lima bay. Ia dilengkapi dengan sebuah bilik kerja yang berdinding cermin. Rak-rak buku yang diperbuat daripada kayu  dan kaunter sirkulasi telah dibina oleh Guru Besar, En. Othman b. Jalil pada hujung tahun 2007.
Bilik Bahan Bantu Mengajar An Nur terletak di tingkat satu Blok Aminuddin Baki merupakan sebuah bilik yang agak kecil seluas satu bay.Walaupun segala urusan masih dijalankan secara manual namun penggunaannya aktif dan meningkat setiap tahun.  
Bilik Tayang An Nur terletak di bahagian bawah Blok Tun Sri Lanang merupakan sebuah bilik yang dibina atas inisiatif pihak sekolah sendiri. Bilik ini siap dibina pada bulan Julai 2005 hasil kerjasama antara pihak sekolah, PIBG dan masyarakat setempat. 
         Bilik Komputer An Nur pula terletak di tingkat tiga Blok Aminuddin Baki. Ia dilengkapi dengan 22 buah komputer dan mula beroperasi pada awal tahun 2006. Semua bilik tersebut diurus dan dikelolakan dengan baik oleh guru-guru yang sangat bertanggungjawab.    
    PSS An Nur SK Simpang Empat sentiasa mencari jalan bagi menyuburkan tabiat membaca di kalangan para pelajar. Pelancaran Program Membaca dan NILAM pada bulan Januari setiap tahun merupakan suntikan motivasi ke arah amalan membaca. Setiap pagi murid-murid akan mengikuti program ‘Pagi Bersama Buku’ di Dataran Razah. Selain membaca buku, aktiviti seperti Bicara Buku dan aktiviti-aktiviti panitia mata pelajaran turut dijalankan mengikut giliran. Aktiviti-aktiviti ke arah percambahan ilmu pengetahuan seperti ‘Kuiz Tahukah Kamu’ dijalankan sebanyak empat siri setahun. Hadiah-hadiah menarik disediakan untuk ‘Pengunjung Bertuah Bulan Ini’, 'Pembaca Terbanyak Bulan Ini', 'Kelas Paling Banyak Meminjam Bulan Ini', ‘Tokoh Pembaca Tahun Ini’, pertandingan mengarang, Bulan Patriotik dan Minggu PSS semata-mata untuk menjadikan PSS An Nur sentiasa di hati pelajar dan guru. 
     Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Begitulah sikap warga SKSE. Apa sahaja aktiviti yang dirancang telah dapat dijalankan dengan baik dan membuahkan hasil yang diharapkan. Silaturahim yang kukuh menyuburkan sikap saling membantu di kalangan guru-guru dalam membangunkan PSS An Nur SK Simpang Empat sehingga berjaya mewujudkan sebuah PSS yang cemerlang peringkat negeri Melaka pada tahun 2007 bagi kategori sekolah rendah luar bandar. PSS An-Nur SKSE telah terpilih mewakili negeri Melaka ke Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan pada tahun 2008 dan 2009.


Murid-murid boleh melayari internet di mana-mana sahaja di SKSE.
Guru-guru sedang melayari internet di pondok ilmu


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | Best Buy Printable Coupons
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...